Ferrari SF90 rosak teruk rempuh penghadang jalan, berapa pula kos baik pulih?

1727

Sebuah Ferrari SF90 rosak teruk di bahagian sisi badan selepas merempuh pembahagi jalan di Ventimiglia, Itali.

Ferrari SF90

Supercar yang dilengkapi dengan pakej Stradale Assetto Fiorano itu rosak teruk pada bahagian pemandu. Satu seretan panjang boleh dilihat pada sisi bampar hingga ke fender dan rim serta bahagian sisi belakang.



Lampu depan dan bampar di bahagian kiri juga mengalami kerosakan teruk. Menerusi gambar yang tular di media sosial Instagram Varryx itu juga menunjukkan kesemua beg udara terbuka yang menunjukkan berlakunya hentaman yang kuat. 

Ferrari SF90

Tentunya kos baik pulih model berkenaan tidak murah misalnya harga rim karbon saja bernilai sekitar RM102,204. Untuk makluman, teknologi Ferrari SF90 kebanyakannya diilhamkan oleh model La Ferrari. 

Walaupun tidak disertakan dengan enjin V12, ianya dilengkapi dengan teknologi hibrid yang sama dengan La Ferrari, menjadikan ia sebagai salah satu kereta paling berkuasa yang ditawarkan Ferrari.

Ferrari SF90

Jentera tersebut dikuasakan  enjin V8 4.0-liter twin turbo yang mampu menghasilkan kuasa 769hp bersama tiga motor elektrik (217hp) yang menjadikan kuasa keseluruhan 986hp.

Dua daripada tiga motor elektrik terletak di gandar depan, menjadikannya sebuah kereta dengan pacuan semua roda (AWD). Harga asas untuk sebuah Ferrari SF90 ialah USD500,000 (RM 2.1 juta), dan ditawarkan dengan beberapa pakej.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here