Pemandu Perodua Axia larikan diri tanpa buat bayaran lepas tukar tayar dan rim

3086

Seorang lelaki kononnya mahu pandu uji keretanya selepas memasang tayar dan rim baharu di sebuah kedai tayar kereta di Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru, bertindak melarikan diri tanpa membuat pembayaran.

gambar hiasan

Pengusaha kedai tayar itu, Zaharah Yusoff, 37, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang pada 10 Mei lalu apabila premis perniagaannya didatangi lelaki berkenaan.

Beliau berkata, lelaki berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun itu memandu Perodua Axia memberitahu mahu memasang tayar dan rim baharu untuk kenderaannya.



“Selepas selesai proses pemasangan tayar dan rim baharu bernilai RM1,800 itu, lelaki terbabit memberitahu kepada pekerja saya dia mahu memandu uji keretanya bagi memastikan keadaan tayar dan rim yang dipasang berkeadaan baik,” kata Zaharah.

tayar dan rim

“Pada awalnya, pekerja saya tidak membenarkan namun lelaki menyatakan tidak perlu bimbang kerana beg mengandungi telefon bimbitnya ditinggalkan di kedai sementara menunggunya kembali ke kedai.

“Bagaimanapun, lelaki itu terus menghilangkan diri dan tidak kembali ke kedai seperti yang dijanjikan, manakala di dalam beg itu pula hanya terdapat wayar dan bukannya telefon bimbit,” tambahnya.

Susulan itu, beliau yang tidak berada di kedainya ketika kejadian membuat laporan di Balai Polis Kangkar Pulai pada 10 Mei lalu. Zaharah berkata, dia difahamkan lelaki itu juga menggunakan nombor pendaftaran kereta palsu.

“Kejadian ini menjadi peringatan kepada pekerja dan pemilik kedai tayar kereta supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya,” katanya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here