25 hari diperlukan bagi siapkan Ferrari SF90 kayu ini!

1239

Tidak semua orang boleh memiliki Ferrari yang mana harga pengenalan model berkenaan bermula dari RM1 juta ke atas.

Namun, tidak bermakna anda tidak mampu memilikinya. Masih ada model miniatur di pasaran yang boleh anda pertimbangkan seperti kereta mainan kayu ini!.



Ferrari SF90 Spider yang dihasilkan menerusi material kayu itu tidak begitu sempurna namun kemasan tukangan yang dilakukan perlu dipuji.

Video yang dikongsi akaun Youtube Woodworking Art itu menunjukkan supercar berkenaan didatangkan dengan komponen yang boleh digerakkan.

Bahagian roda, suspensi depan serta belakang bahkan stereng boleh digerakkan Sementara bahagian pintu, hud dan penutup enjin juga boleh dibuka. Oh..kerusi pemandu juga boleh dilaraskan ke depan dan belakang.

Ferrari tersebut berfungsi seperti supercar yang asli. Cuma lipatan bumbung berkenaan perlu dilakukan secara manual tidak seperti versi asli yang dilakukan secara automatik.

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here