F1: Arab Saudi bersedia menantikan detik sejarah F1 berlangsung di Jeddah

816

Setahun selepas Arab Saudi disahkan sebagai penganjur terbaru Formula Satu (F1) buat kali pertama, kini mereka bersedia menantikan detik sejarah untuk melihat perlumbaan F1 berlangsung di Jeddah.

Lebih menarik saingan itu dianjurkan pada waktu malam, dan perlumbaan akan berlangsung di litar jalanan di sekitar bandar raya Jeddah menghadap Laut Merah.



Perlumbaan sulung Formula Satu (F1) di Arab Saudi akan memperkenalkan negara itu kepada dunia, kata bos sukan permotorannya sambil menyelar kritikan terhadap dakwaan hak asasi serta tuntutan membatalkan konsert Justin Bieber.

“Litar baharu di sini, hampir siap sepenuhnya menjelang perlumbaan malam Ahad ini”

“Apabila kami membuktikan dalam beberapa hari lagi yang perlumbaan ini akan berjalan lancar, ia akan memberi isyarat ke seluruh dunia siapa rakyat Saudi sebenarnya dan kemampuan Arab Saudi.

“Kami boleh katakan litar sudah 95 peratus siap. Lima peratus lagi hanyalah perkara-perkara kecil, daripada penjenamaan, penanaman pokok dan hiasan.

“Litar sudah siap, infrastruktur sudah lengkap, apa yang berkaitan dengan perlumbaan sudah siap,” kata Presiden Persekutuan Automobil dan Motosikal Arab Saudi (SAMF), Putera Khalid Sultan Al-Faisal.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here