Pemilik Tesla di China mula pasang kamera pada pedal brek

1530

Baru-baru ini tular seorang pemilik Tesla yang melompat ke atas sebuah Model 3 semasa Shanghai Auto Show.

Wanita itu bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati kerana brek Model 3 miliknya gagal berfungsi.



Walau bagaimanapun, Tesla menolak tuduhan itu dengan menunjukkan data log dari Model 3 itu.

Selepas kejadian ini, pemilik Tesla di China mula mengambil langkah berjaga-jaga, dimana mereka membuat keputusan untuk memasang kamera (dashcam) berhampiran pedal brek EV itu.

kamera pedal brek Tesla

Pemilik EV tersebut yang belum dikenal pasti menyatakan bahawa jika mereka mengalami kemalangan ketika menggunakan Tesla, mereka akan berkongsi video kemalangan itu bersama dengan video mereka menekan brek untuk membuktikan bahawa mereka tidak boleh dipersalahkan begitu sahaja.

Bukan itu sahaja, buat masa sekarang, ada desas-desus bahawa bandar Guangzhou akan menghentikan penggunaan Tesla. Namun, pemerintah tempatan menafikan dakwaan itu.

Reputasi yang buruk sudah tentu sesuatu yang tidak diinginkan dan satu perkara yang sukar untuk diperbaiki oleh mana-mana pengeluar kenderaan, sama seperti kes kehilangan kepercayaan yang dialami oleh Hyundai. 

Hyundai sebelum ini terpaksa menghentikan jualan Kona Electric di Korea Selatan kerana berlaku kebakaran yang mendadak. Walaupun EV tersebut telah dipanggil semula dan telah dibaik pulih, perkara itu tetap menyukarkan Hyundai untuk mengembalikan reputasinya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here