Hyundai panggil semula 25,564 unit Kona Electric di Korea Selatan kerana berpotensi terbakar

1170

Kementerian pengangkutan Korea Selatan dan Hyundai telah mengumumkan panggilan semula 25,564 unit Hyundai Kona Electric di negara tersebut, yang dihasilkan antara September 2017 hingga Mac 2020.

Mulai 16 Oktober, kesemua kenderaan tersebut akan diperiksa, manakala perisian mereka akan dikemaskini bersama dengan penyediaan pek bateri baru.



Panggilan semula ini merupakan tindak balas dari 13 kes kebakaran Hyundai Kona Electric di seluruh dunia termasuk satu di Kanada, daripada lebih 100,000 unit yang dijual.

hyundai kona elektrik

Menurut LG Chem yang merupakan pembekal bateri kepada Hyundai Kona Electric, eksperimen untuk menentukan apa yang menyebabkan kebakaran telah dibuat, tetapi masih belum membuat semua senario kejadian tersebut.

Kes kebakaran ini disyaki disebabkan berlakunya litar pintas kerana pembuatan sel yang salah.

hyundai kona elektrik

Hyundai berkata panggilan semula tersebut merupakan tindak balas proaktif terhadap pengeluaran bateri voltan tinggi yang bermasalah dalam kenderaan, yang berkemungkinan besar menyebabkan kebakaran.

Selain Hyundai, beberapa syarikat pengeluar difahamkan turut membuat panggilan semula kerana risiko kebakaran termasuk McLaren, Toyota, dan Chrysler.

Di Malaysia, nampaknya kita tidak akan mendapat varian Kona Electric buat masa ini. Tetapi, akan terdapat pilihan dengan enjin petrol 1.6-liter turbo (177hp, 265Nm tork) dan 2.0-liter (149hp, 179Nm tork).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here