Kanak-kanak 12 tahun di Indonesia tular, selamba pandu treler

1226

Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun di Indonesia menjadi perhatian apabila memandu sebuah treler di tengah lebuh raya.

kanak-kanak treler

Dalam satu rakaman video yang tular, kanak-kanak lelaki itu selamba memandu treler di Tol Cikampek menuju ke Tasikmalaya.



Menurut Ketua Perhubungan Awam Satuan Kewilayahan Kepolisian Daerah (Polda) Metro, Jaya Yusri Yunus mengesahkan, kejadian berlaku pada April tahun lalu.

Katanya, kanak-kanak itu diminta memandu treler itu oleh pemandu asal yang juga bapa saudaranya.

kanak-kanak treler

“Kanak-kanak ini hanya memandu treler itu selama 30 minit saja dari kilometer 12 Tol Cikampek menuju kawasan rehat di kilometer 19 Tol Cikampek.

“Dia diminta bapa saudaranya memandu sebentar kerana bapa saudaranya itu mengantuk,” katanya.

Sementara itu, Direktur Lalu Lintas (Dirlantas) Polda Metro Jaya, Sambodo Purnomo Yogo berkata, pihaknya membentuk satu pasukan bagi menyiasat perkara itu yang tular di media sosial.

Katanya, hasil siasatan berdasarkan rakaman video dan keterangan beberapa pihak termasuk mereka yang bekerja di bahagian pengangkutan barangan, pihaknya menemui identiti kenderaan dan pemandu terbabit.

“Kenderaan itu kita tahan di perindustrian PT STA di Jakarta Utara, kelmarin. Kita masih menyiasat lanjut petunjuk eksploitasi dilakukan pemandu itu kepada kanak-kanak terbabit.

“Kita juga akan bekerjasama dengan Subdit Renakta (Remaja Anak dan Wanita) di Krimum sama ada wujud eksploitasi kanak-kanak dalam bidang ekonomi,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by cetul.22 (@cetul.22)

Dalam video terbabit, kanak-kanak itu memegang rokok sambil memandu treler berwarna hijau.

Ketika ditanya ke mana arah tujuan dan berapa usianya, kanak-kanak itu menjawab ke Tasikmalaya dan memberitahu usianya baru 12 tahun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here