Lelaki ini tiru gaya kayuhan Azizulhasni curi tumpuan ramai

4961

Walaupun kita di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1 atau 2 namun ini  tidak menghalang rakyat Malaysia untuk turut sama memberikan semangat kepada atlet kebangsaan di sukan Olimpik Tokyo (2020).

Sejak semalam tular satu hantaran video di media sosial menunjukkan seorang lelaki meniru gaya pelumba basikal trek kebangsaan Datuk Azizulhasni Awang yang kini sedang berjuang di Tokyo dalam acara kirin.



Orang ramai menyifatkan gaya yang dilakukan lelaki terbabit mengelikan hati yang mana dia meniru gaya seakan-akan sama dengan pelumba negara itu.

Namun lebih lucu dia tidak menyarung baju dan hanya menggunakan topi keledar mainan sambil beraksi di depan televisyen.  

Semangat sukan Olimpik Tokyo (2020) bukan sahaja dirasai atlet kebangsaan sahaja, malah peminat sukan tanah air. Namun ramai juga berkongsi gelagat sewaktu menonton acara perlumbaan basikal tersebut.

Selain itu orang ramai berharap agar atlet kebangsaan mampu untuk membawa pulang sebutir emas dalam acara tersebut dan menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here