Korea Selatan bakal sediakan perkhidmatan teksi udara tanpa pemandu menjelang 2025

1240

Korea Selatan difahamkan telah menguji perkhidmatan teksi udara tanpa pemandu mereka di ibu kota Seoul untuk pertama kalinya.

teksi udara korea

Teksi udara berkuasa elektrik yang dilengkapi dengan dua tempat duduk tersebut mampu terbang pada kelajuan 130km/j.



Ia diuji menggunakan dron Ehang 216, buatan syarikat teksi udara tanpa juruterbang China, Ehang yang berjaya menguji kenderaan dengan beg beras 70kg, pada awal April lalu.

Program teksi dron adalah sebahagian daripada rancangan kerajaan Korea Selatan.

Matlamatnya adalah melancarkan penyelesaian mobiliti udara bandar (UAM) seperti penghantaran dron dan perkhidmatan teksi pada tahun 2025.

Ia sebagai usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas di laluan darat serta menjamin pertumbuhan masa depan.

Ketika ini, Korea Selatan difahamkan sedang melakukan proses pembangunan sistem pengurusan lalu lintas teksi udara dengan teliti bagi membincangkan kadar tambangnya.

Selepas dikomersialkan kelak, perkhidmatan itu dijangka membolehkan pengguna dari Yeouido ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dalam masa 20 minit berbanding 45 minit jika menaiki teksi biasa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here