Honda City 2020 catat hampir 9,000 unit tempahan selepas sebulan dilancarkan

1572

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa model City generasi kelima yang baru dilancarkan sebulan lepas telah memperoleh hampir 9,000 unit tempahan.

Dari kesemua barisan model, varian V menjadi yang paling popular dengan 54 peratus dari jumlah tempahan adalah model itu.



Dari segi zon pula, 44 peratus tempahan adalah dari zon tengah, diikuti zon utara dengan 22 peratus, dan zon selatan dengan 19 peratus.

Berkenaan warna, menariknya Platinum White Pearl menjadi pilihan paling popular dengan 28 peratus tempahan memilih warna itu.

Setakat ini, lebih 2,400 unit Honda City baharu telah diserahkan kepada pelanggan.

Dari segi gaya luaran, sedan ini mendapat lampu depan LED (varian RS dan V) dengan DRL, dan lampu belakang LED. Rim adalah 16-inci aluminium dwi-tona (RS dan V).

Lima warna ditawarkan untuk Honda City serba baharu iaitu; Passion Red Pearl, Crystal Black Pearl, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, dan warna baharu Platinum White Pearl.

Untuk pertama kali di Malaysia, City RS dikuasakan oleh powertrain i-MMD baharu yang mampu menjana 253Nm tork, iaitu setaraf degan enjin 2.5-liter naturally-aspirated.

Unit i-MMD (dikenali sebagai e:HEV di peringkat global) dan terdiri dari enjin 1.5-liter berkuasa 98hp dan 127Nm tork dengan penggunaan bahan api sekitar 4.8 liter/100km.

Enjin ini dibantu oleh motor elektrik berkuasa 108hp dan 253Nm tork, memberikan City RS ini output tertinggi dalam kelasnya, malah melebihi sesetengah model dalam segmen lebih tinggi.

Varian-varian lain City dikuasakan enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT. Enjin ini menghasilkan 121hp dan 145Nm tork.

Honda City juga kini mendapat pakej ciri keselamatan termaju Honda SENSING (RS sahaja).

Berkenaan Honda City RS, varian ini belum diumumkan harganya kerana penghantaran hanya akan dibuat menjelang Januari 2021. Walaubagaimanapun City RS telah boleh mula ditempah.

Pasti menarik untuk melihat laporan tempahan dan jualan City selepas RS mula diserahkan kepada pelanggan nanti.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here