Honda City 2020 dilancar! 4 varian, harga dari RM74k

4550

Honda City 2020 serba baharu akhirnya dilancarkan hari ini, dengan empat varian ditawarkan iaitu RS e:HEV, V, E dan S.

Harga adalah seperti berikut:



  • City V: RM86,561.45
  • City E: RM81,664.82
  • City S: RM74,191.27

Jika anda perasan bahawa City RS tidak disenaraikan harganya. Ini kerana penghantaran untuk varian RS akan dibuat bermula Januari 2021. Jadi, harganya hanya akan diumumkan menjelang penghantaran, kami rasa pada Disember nanti.

Semua harga disenaraikan di atas juga adalah selepas pengecualian cukai jualan. Harga asal untuk City V, E dan S masing-masing adalah RM89,800, RM84,800, dan RM76,800.

Dari segi gaya luaran, City serba baharu akan mendapat lampu depan LED (varian RS dan V) dengan DRL, dan lampu belakang LED. Rim adalah 16-inci aluminium dwi-tona (RS dan V). Setiap varian juga mendapat rekaan rim berbeza.

Honda City 2020 ini lebih panjang dari sekarang, penambahan kira-kira 113mm. Ia juga lebih lebar, tetapi sedikit rendah. Jarak rodanya (wheelbase) berkurang, tetapi menurut Honda, ruang dalaman adalah lebih luas.

Lima warna ditawarkan untuk Honda City serba baharu iaitu; Passion Red Pearl, Crystal Black Pearl, Modern Steel Metallic, Lunar Silver Metallic, dan warna baharu Platinum White Pearl.

Di bahagian dalam, ia mendapat corong pendingin hawa menegak, konsol pendingin hawa melintang dan elemen kulit baharu di papan pemuka. City juga kini dilengkapi Apple CarPlay dan Android Auto untuk sistem hiburannya.

Sementara itu, brek parkir elektronik (EPB) akan menggantikan brek parkir mekanikal (RS sahaja), menjadikan City model pertama dalam segmennya yang mendapat kelengkapan ini.

City juga akan dilengkapi Remote Engine Start (varian E, V dan RS) dan Honda LaneWatch (RS dan V) yang sebelum ini diberikan pada model-model lebih besar.

Untuk pertama kali di Malaysia, City RS akan dikuasakan oleh powertrain i-MMD baharu yang mampu menjana 253Nm tork, iaitu setaraf degan enjin 2.5-liter naturally-aspirated.

Unit i-MMD (dikenali sebagai e:HEV di peringkat global) dan terdiri dari enjin 1.5-liter berkuasa 98hp dan 127Nm tork dengan penggunaan bahan api sekitar 4.8 liter/100km.

Enjin ini dibantu oleh motor elektrik berkuasa 108hp dan 253Nm tork, memberikan City RS ini output tertinggi dalam kelasnya, malah melebihi sesetengah model dalam segmen lebih tinggi.

Varian-varian lain City akan dikuasakan enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT. Enjin ini menghasilkan 121hp dan 145Nm tork.

Satu ciri utama yang unik pada City dari pesaingnya seperti Toyota Vios dan Nissan Almera ialah Honda SENSING (RS sahaja). Ciri keselamatan maju ini merangkumi:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High-Beam (AHB)

Walaubagaimanapun, tiada fungsi Low Speed Follow (LSF). Apa pun, ia tetap menjadikan Honda City ini antara model terbaik dalam segmennya untuk aspek keselamatan.

 

Tempahan boleh dibuat di semua 101 cawangan pusat pengedar Honda seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here