Tesla pecat seorang pekerja di kilang California kerana kes sabotaj

1502

Tesla baru-baru ini mendedahkan bahawa mereka memecat seorang pekerja di kilang yang terdapat di Fremont, California kerana terdapat unsur sabotaj.

sabotaj tesla

Menurut email dari Naib Presiden Peguam Perundangan dan Pemangku Am Tesla, Al Prescott, unsur sabotaj ini dapat dikesan dengan pantas oleh pihak Tesla, dan operasi di kilang tersebut dihentikan buat sementara waktu.



“Pasukan IT dan InfoSec kami dapat mengesan seorang pekerja berniat jahat untuk mensabotaj kilang. Tindakan pantas pasukan kami dapat mencegah daripada berlaku kerosakan yang lebih teruk pada kilang, dan setelah itu operasi kilang dapat berjalan seperti biasa.” 

sabotaj tesla

“Lelaki tersebut walau bagaimanapun cuba menidakkan tindakannya dengan menyalahkan rakan sekerja dan merosakkan komputer syarikat. Setelah bukti ditunjuk, dia akhirnya mengaku dan kami memberhentikan dia dari pekerjaan,” kata Prescott dalam email tersebut.

Ini bukan kali pertama Tesla menghadapi kes sabotaj dalam kilang. Pada 2018, seorang pekerja yang dikenali sebagai Martin Tripp cuba mensabotaj syarikat tersebut dengan menyatakan bahawa dia akan melakukan tembakan di kilang Nevada.

Dalam kejadian berasingan pada tahun 2016, Tesla menyaman bekas eksekutif perkhidmatan minyak kerana menyamar sebagai Elon Musk melalui e-mel kepada bekas ketua pegawai kewangan, Jason Wheeler.

“Kami sangat mempercayai pekerja kami dan menghargai sumbangan semua orang. Walau bagaimanapun, apa pun alasan dan motif orang yang cuba sabotaj kami, ia adalah satu jenayah, pelanggaran terhadap tatacara syarikat, dan tidak adil terhadap pekerja lain.”

“Kami akan mengambil tindakan agresif untuk mempertahankan syarikat dan pekerja kami,” lanjut Prescott.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

1 KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here