Tesla Roadster generasi pertama dekati planet Marikh setelah diterbangkan dua tahun lalu

1803

Tesla Roadster generasi pertama yang dilancarkan oleh Elon Musk ke orbit angkasa lepas dua tahun lalu baru-baru ini difahamkan mendekati planet Marikh.

Berdasarkan Twitter, SpaceX mengesahkan bahawa Roadster tersebut dan Starman yang merupakan ‘penumpang’ yang memakai prototaip baju angkasa lepas SpaceX tiba berdekatan planet Marikh pada 8 Oktober lalu.



Walaubagaimanapun, kereta tersebut tidak memasuki planet tersebut, dan hanya berada 8.04 juta kilometer darinya.

Sebuah laman web iaitu ‘Where is Roadster?’ yang dikendalikan oleh Ben Pearson mengesan kedudukan Roadster tersebut, dan mendedahkan bahawa kereta itu berada dalam jarak 207.6 juta kilometer dari matahari dan bergerak ke arahnya dalam kelajuan 21,947km/j.

Keadaan terkini kereta tersebut dan baterinya walau bagaimanapun masih belum diketahui.

tesla roadster

Untuk makluman, Elon Musk melancarkan sebuah Tesla Roadster ke angkasa lepas menggunakan roket Falcon Heavy dari SpaceX pada 6 Febuari 2018.

Walaupun ada sesetengah pihak yang menganggapnya seperti menghantar sampah ke ruang angkasa tanpa sebab munasabah, namun ia kini menjadi tumpuan seluruh dunia.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here