Selamba! Budak 5 tahun ini kendalikan jentera pengorek tanpa bantuan sesiapa

2263

Di Malaysia baru-baru ni, kita semua telah dikejutkan tentang video yang tular di media sosial berkenaan budak lelaki yang berani memandu kereta dan lori treler.

jentera pengorek

Terkini, tular pula satu video yang memaparkan seorang budak lelaki yang mengendalikan sebuah jentera pengorek tanah milik datuknya. Apa yang lebih mengejutkan, budak lelaki yang dikenali sebagai Theo Paays itu baru berusia 5 tahun! Video tersebut difahamkan berlaku di Jakarta, Indonesia.



Dalam video tersebut, budak tersebut dilihat telah memandu pulang jentera pengorek itu ke sebuah kawasan yang berhampiran dengan rumahnya. Video yang berdurasi selama 4 minit itu telah dimuat naik ke akaun Facebook milik Ayos Pattiasina.

Dia yang merupakan datuk kepada budak lelaki berkenaan jelas berbangga dengan kebolehan cucunya yang cekap untuk mengendalikan jentera berat itu tanpa bantuan sesiapa.

Menurut Anthony lagi, kecekapan cucunya mengendalikan jentera itu mungkin disebabkan cucunya itu gemar memerhatikan operator lain sejak setahun lalu.

Selain itu, Anthony yang bekerja sebagai ketua projek pembangunan di kawasan itu turut menyimpan beberapa buah mesin pengorek serta traktor milik syarikat pembinaan di kawasan rumahnya.

Anthony juga meluahkan bahawa dia tidak bimbang untuk membiarkan cucunya itu untuk mengendalikan jentera-jentera tersebut. Menurutnya, cucunya itu tahu teknik yang betul untuk mengoperasikannya.

Video yang berdurasi selama lebih 4 minit itu mendapat lebih daripada 408k tontonan dan 5.6k perkongsian. Rata-rata netizen yang menurunkan komen meluahkan rasa kagum dengan kecekapan kanak-kanak itu walaupun baru berusia 5 tahun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here