Ford Mustang Mach 1 2021 akan dipasarkan di seluruh dunia!

2531

Ford telah mengesahkan bahawa Ford Mustang Mach 1 2021 akan sedia untuk dipasarkan kepada peminatnya di seluruh dunia.

Ford Mustang Mach 1

Mustang Mach 1 terbaharu akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Shelby GT350 dan GT350R, yang tidak akan dipasarkan lagi.



Shelby GT350 dan GT350R hanya diedarkan untuk pasaran Amerika Utara, jadi suatu berita baik jika Ford menawarkan Mach 1 untuk pasaran global.

Menurut Ford Authority, mereka mendapat mengesahan mengenai rancangan pasaran global Mustang Mach 1 dari pengeluar itu sendiri.

Walaupun belum ada info tentang pasaran mana yang akan menerima model ini, menurut Which Car, sebuah prototaip dengan stereng sebelah kanan (RHD) difahamkan telah diuji beberapa bulan yang lalu.

Jadi, berkemungkinan besar model ini akan dijual di pasaran seperti Australia dan United Kingdom.

Ford pertama kali menunjukkan rancangan mereka untuk menjual Mach 1 di pasaran global semasa ia diperkenalkan pada bulan Jun.

Ford Mustang Mach 1

“Ini adalah salah satu Mustang yang istimewa, yang akan memberikan senyuman ke wajah pemilik, dan peminat kami termasuk saya. Jadi tidak ada masa yang lebih baik selain memiliki Mach 1 yang akan dipasarkan secara global,” kata ketua eksekutif Ford, Jim Farley.

Ford Mustang Mach 1 dikuasakan oleh enjin V8 5.0-liter Coyote yang telah diubah suai sehingga mampu menghasilkan 480hp dan 569Nm tork.

Model ini juga dilengkapi dengan pilihan transmisi Tremec manul 6-kelajuan dengan fungsi rev-matching atau transmisi automatik 10-kelajuan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here