Sah! Honda City RS i-MMD akan dapat Honda SENSING!

2117

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Honda City serba baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan mendapat kelengkapan Honda SENSING.

Ini menjadikan Honda City RS sebagai model dengan ciri keselamatan paling maju dan komprehensif dalam segmen-B di Malaysia.



Seperti model-model lain (CR-V, Accord dan Civic), Honda SENSING pada City generasi ke-5 ini merangkumi ciri seperti:

  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Lane Keeping Assist System (LKAS)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Auto High-Beam (AHB)

Untuk pertama kali di Malaysia, City RS akan dikuasakan oleh powertrain i-MMD baharu yang mampu menjana 253Nm tork, iaitu setaraf degan enjin 2.5-liter naturally-aspirated.

Unit i-MMD (dikenali sebagai e:HEV di peringkat global) dan terdiri dari enjin 1.5-liter berkuasa 107hp dengan penggunaan bahan api sekitar 4.8 liter/100km.

Varian-varian lain City akan dikuasakan enjin 1.5-liter DOHC i-VTEC yang dipadankan dengan transmisi CVT. Tiada angka kuasa atau tork didedahkan, tetapi sebagai rujukan, City generasi sekarang menghasilkan 120PS dan 145Nm.

Di bahagian luaran, City serba baharu akan mendapat lampu depan LED (varian RS dan V) dengan DRL, dan lampu belakang LED. Rim adalah 16-inci aluminium dwi-tona (RS dan V).

Honda City 2020 ini lebih panjang dari sekarang, penambahan kira-kira 113mm. Ia juga lebih lebar, tetapi sedikit rendah. Jarak rodanya (wheelbase) berkurang, tetapi menurut Honda, ruang dalaman adalah lebih luas.

 

Di bahagian dalam, ia mendapat corong pendingin hawa menegak, konsol pendingin hawa melintang dan elemen kulit baharu di papan pemuka. City juga kini dilengkapi Apple CarPlay dan Android Auto untuk sistem hiburannya.

Sementara itu, brek parkir elektronik (EPB) akan menggantikan brek parkir mekanikal, menjadikan City model pertama dalam segmennya yang mendapat kelengkapan ini.

City juga akan dilengkapi Remote Engine Start (RS sahaja) dan Honda LaneWatch (RS dan V) yang sebelum ini diberikan pada model-model lebih besar.

Bersempena dengan insiatif kerajaan iaitu PENJANA, Honda Malaysia menawarkan baucar servis bernilai RM1,000 untuk mereka yang membuat tempahan terawal model ini.

Tempahan telah dibuka sejak 14 Ogos lepas dan boleh dibuat di semua 101 cawangan pusat pengedar Honda seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol 1-800-88-2020.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here