Sudah lah liat bayar sewa, guna kereta untuk angkat pisang pula!

2315

Seorang individu yang bertanggungjawab dan amanah sudah tentu akan menjaga harta benda orang lain dengan baik. Lebih-lebih lagi, kereta sewa yang sudah pasti akan menanggung kos yang banyak jika rosak atau kotor.

Seperti kisah yang dikongsi oles seorang lelaki di laman Facebook, penyewa kereta bertindak menggunakan kereta sewaannya untuk mengangkut pisang sehingga meninggalkan kesan getah.



Difahamkan, perbuatan tidak bertanggungjawab penyewa kantoi selepas pemilik bertindak merampas kereta. Apabila diperiksa, terdapat kesan getah melekat di tempat duduk belakang dan bonet.

sewa kereta

Malah, bonet juga sukar ditutup dengan rapat mungkin kerana penyewa membawa muatan berlebihan sebelum ini.

Pemilik kereta turut mendakwa penyewa keretanya liat untuk membuat bayaran dan menerima hanya separuh bayaran ganti rugi dan sewa.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here