Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida dalam kereta kini stabil, sedar dari koma

1438

Mangsa terakhir keracunan karbon monoksida, Nor Aqilah Mohd Safwan, 21 difahamkan kini stabil dan sudah sedarkan diri dari koma.

karbon monoksida

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata pihaknya dimaklumkan alat bantuan pernafasan yang digunakan Nor Aqilah turut dicabut pasukan perubatan apabila pesakit berada dalam keadaan stabil.



Beliau berkata mangsa juga dikatakan sudah mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya.

“Alhamdullilah, polis menerima maklumat bahawa Nor Aqilah sudah sedar dari koma dan dia mengangguk kepala tanda mengenali ahli keluarga yang datang melawatnya,” katanya.

Sebelum ini, tular satu berita tentang kes keracunan karbon monoksida, melibatkan empat orang wanita yang sedang tidur dalam kereta dengan enjin dan penghawa dingin dihidupkan.

Dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 1.40 pagi itu, semua mereka ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta di sebuah stesen minyak.

Tiga daripada mereka yang meninggal dunia dalam kejadian itu dikenali sebagai Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri, dan Nor Adilah Mohd Safwan, masing-masing berusia 21 tahun.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here