Suka letak kaki atas papan pemuka? Gambar X-ray ini mungkin mengubah tabiat anda

2464

Anda sudah pasti tahu bahawa penumpang kereta yang meletakkan kaki di atas papan pemuka adalah kelakuan yang tidak selamat.

meletakkan kaki di atas papan pemuka

Kecederaan yang serius mungkin boleh dialami oleh penumpang dalam kemalangan yang teruk dan bahkan kemalangan yang kecil dimana beg udara yang keluar hasil daripada kemalangan boleh mendatangkan kesan yang buruk.



Tetapi jika hal ini tidak meyakinkan penumpang anda tentang bahayanya kelakuan ini, anda mungkin boleh memberinya melihat gambar X-ray di bawah.

Imej yang kini tersebar di internet ini merupakan kesan yang dialami oleh seorang wanita di Wales selepas kereta yang ditumpanginya mengalami kemalangan. Semasa kemalangan berlaku, dia sedang meletakkan kaki di atas papan pemuka kereta.

Satu daripada dua tulang pahanya patah, manakala satu lagi tulang pahanya tercabut dari mana ia sepatutnya berada.

meletakkan kaki di atas papan pemuka

Pihak polis yang menyebarkan gambar ini menyatakan bahawa kecederaan yang dialami oleh wanita ini merupakan satu perubahan hidup kepadanya. 

Mangsa, Audra Tatum, yang berasal dari Chickamauga, Georgia, telah cacat secara kekal pada tahun 2015 disebabkan oleh kemalangan yang kecil. Penumpang lain yang berada di dalam kereta menerima hanya calar dan lebam kecil. 

Jadi, sebagai peringatan, duduklah dengan cara yang sebetulnya ketika memandu dan juga duduk sebagai penumpang. Ia bukan sahaja lebih sopan, malah lebih selamat!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here