Pasukan Formula 1 Ferrari diboikot oleh 7 pasukan yang lain

1438

Beberapa pasukan perlumbaan Formula 1 (F1) menghantar surat aduan mengenai pasukan Ferrari pada musim lalu. FIA kemudian bertindak dengan menjalankan siasatan mengenai enjin yang digunakan oleh pasukan Ferrari Formula 1.

 Formula 1 Ferrari

Sekarang, persoalan ini tiada penghujungnya. Malah, kini dikhabarkan bahawa pasukan Ferrari telah diboikot.



Boikot ini dilakukan kerana FIA tidak memberikan keputusan hasil siasatan yang dijalankan keatas pasukan Ferrari. Setakat ini, terdapat tujuh pasukan yang telah menandatangani petisyen yang mahu FIA mendedahkan maklumat hasil penyiasatan itu.

Jika tidak, mereka mengancam untuk mendakwa FIA. Hanya Alfa Romeo dan Haas, yang tidak menandatangani petisyen itu. Kemungkinan besar, tindakan seperti pasukan lain itu tidak dilakukan adalah kerana kedua pasukan ini menggunakan enjin dari Ferrari.

 Formula 1 Ferrari

Apa yang pasti, Mercedes, Red Bull, McLaren, Renault, Racing Point, AlphaTauri, dan Williams, bersepakat untuk memboikot pasukan Ferrari.

“Kami terkejut dengan kesimpulan penyiasatan FIA pada bahagian enjin Scuderia Ferrari F1 pada 28 Februari, 2020. Kami menentang FIA yang secara diam bersetuju dengan Ferrari mengenai isu ini,” kata kenyataan dari 7 pasukan Formula 1 tersebut.

FIA belum lagi memenuhi permintaan itu. Sementara itu, isu pada masa ini ialah keengganan FIA untuk menentukan sama ada Ferrari bersalah atau tidak. Mereka beranggapan bahawa FIA sengaja menyembunyikan kebenaran.

“Kami meminta FIA untuk menyatakan hasil siasatan untuk memastikan keadilan bagi semua pasukan yang lain. Kami bertindak bagi pihak peminat, peserta Formula 1, dan pemegang saham,” kata kenyataan dari 7 pasukan Formula 1 tersebut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here