Moto2 Qatar 2020: Tetsuta Nagashima juara, Hafizh Syahrin Abdullah tempat ke-19

2055

Nama pelumba dari pasukan American Racing, Joe Roberts dan pelumba pasukan Sky Racing Team VR46, Luca Marini diramalkan akan merangkul kedudukan di podium dalam perlumbaan Moto2 Qatar 2020.

Moto2 Qatar 2020

Namun, pelumba pasukan Red Bull KTM Ajo yang berasal dari Jepun, Tetsuta Nagashima berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan pertama dalam perlumbaan yang diadakan di litar Lossail, Qatar itu.



Di belakang Nagashima, pelumba Flexbox HP40, Lorenzo Baldassarri menduduki tempat kedua dan diikuti pelumba Italtrans Racing Team, Enea Bastianini di tempat ketiga. Sementara itu, penghuni petak pertama semasa perlumbaan, Joe Roberts berjaya menamatkan perlumbaan ditempat keempat.

Hafizh Syahrin Abdullah

Pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang mewakili pasukan Aspar, sekadar menamatkan perlumbaan ditempat ke-19. Pelumba pasukan Sky Racing Team VR46, Luca Marini, gagal menamatkan perlumbaan selepas memimpin perlumbaan pada beberapa pusingan. Berikut adalah keputusan penuh perlumbaan Moto2 Qatar 2020 yang diadakan di litar Lossail.

Keputusan penuh Moto2 Qatar 2020:

1. Tetsuta Nagashima – Red Bull KTM Ajo
2. Lorenzo Baldassarri – Flexbox HP 40
3. Enea Bastianini – Italtrans Racing Team
4. Joe Roberts – American Racing
5. Remy Gardner – Onexox TKKR SAG Team
6. Jorge Navarro – Beta Tools Speed Up
7. Marcel Schrotter – Liqui Moly Intact GP
8. Aron Canet – Aspar Team
9. Xavi Vierge – Petronas Sprinta Racing
10. Thomas Luthi – Liqui Moly Intact GP
11. Bo Bendsneyder – NTS RW Racing GP
12. Marco Bezzecchi – Sky Racing Team VR46
13. Fabio di Giannantonio – Beta Tools Speed Up
14. Jake Dixon – Petronas Sprinta Racing
15. Stefano Manzi – MV Agusta Forward Racing
16. Edgar Pons – Federal Oil Gresini Moto2
17. Hector Garzo – Flexbox HP 40
18. Nicolo Bulega – Federal Oil Gresini Moto2
19. Hafizh Syahrin Abdullah – Aspar Team
20. Jorge Martin – Red Bull KTM Ajo
21. Simone Corsi – MV Agusta Forward Racing
22. Andi Farid Izdihar – IDEMITSU Honda Team Asia
23. Jesko Rafiin – NTS RW Racing Team
24. Lorenzo Dalla Porta – Italtrans Racing Team 
25. Somkiat Chantra – IDEMITSU Honda Team Asia

Gagal menamatkan perlumbaan

Luca Marini – SKy Racing Team VR46
Kasma Daniel – Onexox TKKR SAG Team
Augusto Fernandez – EG 0,0 Marc VDS
Marcos Ramirez – American Racing

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here