Konsep tayar pintar Goodyear bolehkan bunga tayar tumbuh sendiri

1033

Sesuatu tayar sudah tentu akan haus jika digunakan dengan terlalu kerap. Jika diperhatikan, benang pada tayar akan mula kelihatan jika sesuatu tayar sudah mulai botak.

Tayar yang botak pasti akan berlaku terhadap semua pengguna kenderaan, dan tidak banyak perkara yang boleh dielakkan kecuali menukar tayar itu sendiri. Justeru itu, Goodyear mempunyai konsep tayar baru yang akan menangani masalah ini.

Goodyear



Goodyear baru-baru ini memperkenalkan konsep tayar baru mereka yang dipanggil ReCharge. Apa yang menjadikan tayar ini begitu istimewa ialah ia mempunyai keupayaan untuk menghasilkan bunga tayar yang baru dengan sendirinya apabila keadaan tayar menjadi terlalu botak dan tidak lagi selamat untuk digunakan di jalan raya.

Ia akan diisi dengan sebatian yang terdiri daripada bahan yang boleh diperbaharui seperti getah dandelion dan sutera labah-labah sintetik.

Sebatian ini dikeluarkan melalui satu saluran ke permukaan tayar di mana ia akan kering, menyembuhkan, dan akhirnya akan menghasilkan bunga tayar yang baru.

Bukan sahaja tayar boleh menghasilkan bunganya dengan sendiri, tetapi ia juga telah direka supaya tidak berlaku tekanan pada tayar.

Walaubagaimanapun, konsep ini belum pasti bila akan diperkenalkan secara rasmi. Menurut CTO syarikat, Chris Helsel, beliau memberitahu Engadget bahawa dia percaya bahawa teknologi ini akan tiba dalam dekad ini, jadi kita mungkin dapat melihat teknologi tayar seperti ini akan tiba di pasaran tidak lama lagi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here