JPJ Terengganu: Wajib pakai topi keledar walaupun hanya di jalan kampung

2951

JPJ Terengganu mengingatkan penunggang motosikal supaya tidak mengabaikan keselamatan diri, dan sentiasa memakai topi keledar meskipun sewaktu menunggang motosikal di kawasan kampung.

JPJ TerengganuPengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, ini kerana Terengganu mencatatkan peningkatan ketara kes melibatkan kesalahan tidak memakai topi keledar, dalam tempoh dua bulan tahun ini berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas.

“Pada bulan Januari tahun ini, 56 kes tidak memakai topi keledar telah dicatatkan dan jumlah tersebut meningkat kepada 301 kes pada bulan Februari. Manakala bagi tempoh sama pada tahun 2019, 52 kes dicatatkan pada bulan Januari dan meningkat kepada 108 kes bagi bulan Februari.



“Kebanyakan kes yang direkodkan berlaku di kawasan kampung. Rata-rata penunggang yang ditahan juga menggunakan alasan hanya menunggang di kawasan kampung, sebab itu mereka rasa tidak perlu untuk memakai topi keledar.

“Tetapi mereka harus ingat aspek keselamatan diri dan undang-undang tidak boleh dipandang remeh,” katanya.

Dalam pada itu, Zulkarnain berkata, 114 notis saman melibatkan pelbagai kesalahan telah dikeluarkan dalam Ops Khas Motosikal Negeri Terengganu, yang dijalankan pada 9 hingga 14 Feb lepas di sepanjang jalan pesisir pantai di Kuala Nerus.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here