Moto2 Austria: Hafizh Syahrin terlibat kemalangan

1890

Pelumba sensasi negara, Hafizh Syahrin Abdullah terlibar dalam kemalangan ketika bersaing dalam kejohanan Moto2 Austria yang berlangsung di litar Red Bull Ring.

hafizh syahrin moto2

Hafizh bagaimanapun dilaporkan sedar serta stabil dan dibawa ke pusat perubatan di litar bagi tujuan pemeriksaan lebih lanjut.



Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam Twitternya mengesahkan Hafizh Syahrin dalam keadaan sedar.

Beliau berkata, pihaknya sentiasa berhubung dengan wakil KBS di Austria untuk memberi sebarang bantuan.

Menurut pengurus pasukan Aspar, Gino Borsoi, Hafizh, 26, berada dalam keadaan sedar serta stabil dan kini sedang menerima rawatan di pusat perubatan litar.

“Penunggang berada dalam keadaan baik, hanya mengalami lebam terutama di bahagian pinggul, tetapi keadaan sedar,” jelas Borsoi menerusi akaun Twitter.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here