Robert Kubica jadi pemandu ujian untuk pasukan Alfa Romeo bermula F1 2020

1499

Kerjaya Robert Kubica dalam perlumbaan Formula 1 masih diteruskan, walaupun dia tidak lagi berlumba untuk pasukan Williams selepas berakhirnya musim F1 2019.

Robert Kubica

Robert Kubica kembali ke perlumbaan Formula 1 pada 2019 dengan pasukan Williams, selepas tidak menyertainya selama lapan tahun.



Tahun ini, pelumba dari Poland yang berusia 35 tahun itu tidak lagi berlumba untuk pasukan Williams. Tetapi kerjayanya di Formula 1 diteruskan dengan menyertai pasukan Alfa Romeo Racing.

Pada Rabu malam pada 1 Januari 2020, muncul khabar angin bahawa Robert Kubica akan menjadi pelumba simpanan untuk pasukan Alfa Romeo Racing.

Terima kasih kepada penajaan PKN ORLEN, syarikat minyak Poland yang menjadikan nama penuh pasukan Alfa Romeo Racing ORLEN.

Pasukan Alfa Romeo masih diperkuatkan oleh juara dunia F1 2007, Kimi Raikkonen dan Antonio Giovinazzi.

Dalam pasukan, Robert Kubica didaftarkan sebagai test driver (pelumba ujian).

Bagi Kubica, dia tidak asing dengan pasukan yang berpangkalan di Hinwil, Switzerland itu.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pelumba Formula 1 pada tahun 2006 dengan menyertai pasukan Alfa Romeo Racing yang masih menggunakan nama BMW Sauber.

Kubica memenangi GP Kanada pada tahun 2008 dan menjadi satu-satunya kemenangan untuk pasukan Sauber sejak menyertai perlumbaan Formula 1 pada tahun 1993.

Pasukan Sauber menukar namanya ke pasukan Alfa Romeo Racing pada tahun 2019.

“Saya sangat gembira memulakan hal baru ini dalam kerjaya saya apabila saya menyertai Alfa Romeo Racing ORLEN,” kata Robert Kubica.

Robert Kubica

“Pasukan ini mempunyai tempat yang istimewa di hati saya dan saya gembira melihat beberapa wajah yang masih berada di sini dari tahun-tahun saya di Hinwil,” katanya.

“Masa dan keadaan jelas berbeza, tetapi saya yakin saya akan mendapat keazaman dan keinginan yang sama untuk berjaya,” katanya.

“Saya berharap dapat membantu Alfa Romeo Racing ORLEN membina langkah seterusnya,” kata Robert Kubica.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here