Pekerja IT dan teknologi MotoGP maut letupan bunga api

1335

Sambutan Tahun Baru 2020 di Pattaya bertukar menjadi tragedi dan meragut nyawa Gary Mclaren seorang kakitangan MotoGp yang bekerja di bahagian IT dan Teknoloji.

Saksi kejadian, Wassana Ngontai seorang pekerja di Miami A Gogo Bar Pattaya berkata, dia melihat seorang lelaki cuba menyalakan bunga api. Kali pertama bunga api gagal menyala.

Namun kali kedua Wassana Ngontai melihat asap dari bunga api. Tetapi lelaki tersebut masih berada dekat bunga api tersebut.Selepas itu terdengar letupan kuat dan lelaki tersebut jatuh.



Gary Mclaren 50 warga British berasal dari Corby,Nothamptonshire dan isterinya Jasmine seorang warga Thailand baru pulang dari London berjumpa ibubapanya.

Menurut  Kapten Polis Nakhonrat Nontseelard, Ketua Setiausaha Pejabat Strategik Polis Bandar Pattaya berkata: “Kami diberitahu bahawa seseorang telah terbunuh akibat letupan di Pattaya Beach Soi”.

Para Penyelamat telah memberikan rawatan kecemasan namun Gary Mclaren gagal di selamatkan.

Polis Thailand telah memaklumkan Kedutaan Britain di Bangkok mengenai insiden tersebut. Mayat Gary McLaren dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here