Penternak yang melepaskan ternakan berkeliaran akan dipenjara dan didenda

1772

Penternak yang berdegil melepaskan ternakan mereka berkeliaran di kawasan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhadapan dengan hukuman mengikut Kesalahan-Kesalahan mengenai Kesihatan, Keselamatan, Kemudahan, Kesopanan dan Akhlak Awam (Akta 574) Kanun Keseksaan bermula tahun ini.

Penternak yang melepaskan ternakan

Penternak yang melepaskan ternakan dengan sengaja sehingga menyebabkan kemalangan akan didakwa mengikut Seksyen 268 atau 289. Ini kerena mereka mendatangkan mudarat awam atau kecuaian berkenaan haiwan.



Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan penternak yang mengulangi kesalahan. Selepas beberapa kali mereka gagal mematuhi undang-undang akan didakwa mengikut seksyen terbabit.

Menurutnya, berdasarkan peruntukan itu, sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara enam bulan dan didenda sebanyak RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Penternak yang melepaskan ternakan

Pihak polis sudah mengenal pasti dan mempunyai semua maklumat penternak berkaitan di kawasan sekitar Kuala Berang.

Pemilik ternakan di sekitar Kuala Berang akan diberi notis untuk hadir ke mahkamah bagi menandatangani satu bon. Ianya sebagai akur janji kepada mahkamah bahawa mereka akan mematuhi peraturan yang ditetapkan berkaitan ternakan.

Jika gagal mematuhi akur janji itu, mereka boleh dikenakan denda dan sekiranya mengulangi kesilapan sama mereka akan didakwa mengikut peruntukan yang ada.

Pihak polis bersama Majlis Daerah Hulu Terengganu dan semua pihak sebelum ini menjalankan pelbagai inisiatif bagi menangani masalah ternakan berkeliaran di LPT2.

Pihak polis berharap dengan penguatkuasaan akta itu bermula tahun ini kes kemalangan membabitkan haiwan ternakan akan berkurangan.

Penternak yang melepaskan ternakan

Haiwan seperti kerbau, khinzir, anjing, kera dan biawak antara yang kerap dilaporkan dirempuh pengguna LPT2. Tetapi kes berkaitan lembu paling tinggi direkodkan.

Menjadi masalah apabila ada laporan yang diterima mendakwa penternak sengaja merosakkan pagar. Ianya bagi memudahkan ternakan mereka memasuki kawasan LPT2 untuk mencari makanan selain dijadikan laluan pintas ke sesuatu tempat.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here