Minum air kosong atau kopi sambil memandu pun boleh dikenakan denda di UK!

1790

Minum sambil memandu kemungkinan besar merupakan perkara biasa bagi sesetengah pemandu. Tetapi di United Kingdom (UK), jika melakukan perkara ini, pemandu akan dikenakan denda.

Bukan minum sehingga mabuk ya, tetapi minum air biasa.

Minum sambil memandu



Walaupun tidak menyalahi undang-undang meminum minuman tanpa alkohol semasa memandu, pemandu boleh dikenakan caj kerana memandu dengan cuai jika terbabit dalam kemalangan.

Jika pemandu melakukan hal ini dengan alasan untuk mendapatkan kesegaran semasa memandu, pemandu boleh dianggap tidak memberi sepenuh perhatian semasa memandu. Para pemandu juga boleh dikenakan tindakan jika didapati makan semasa memandu.

Memandu dengan cuai dan tanpa perhatian sepenuhnya boleh dikenakan denda sebanyak £100 (RM544) dan tiga mata demerit akan ditolak dari lesen anda.

Tetapi dalam kes-kes yang lebih serius dimana mengakibatkan kecederaan kepada seseorang, pemandu boleh dikenakan penolakan mata demerit sehingga 9 mata, larangan memandu dari pihak mahkamah dan denda tidak melebihi £5,000 (RM27,220).

Terdapat kes dimana seorang lelaki Australia baru-baru ini disaman £94 (RM510) kerana minum air sambil memandu ketika cuaca panas yang dikatakan mencecah suhu 39ºC. Seorang lagi pemandu nyaris disaman £256 (RM1,390) dan ditolak tiga mata demerit hanya kerana minum kopi sambil memandu.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa di United Kingdom mengambil pendekatan untuk memberikan amaran berbanding mengeluarkan saman kepada para pemandu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here