Jangan pandang rendah, Proton Saga generasi pertama selamba redah banjir

1403

Proton Saga sebuah model legenda dan menjadi model pertama keluaran kenderaan nasional tersebut yang dilancarkan sekitar 1985. 

Baru-baru ini satu video berdurasi 27 saat tular di media sosial yang memaparkan rakaman Proton Saga generasi pertama meredah arus banjir dengan selamat.



Dalam rakaman tersebut dari jauh kelihatan kereta tersebut mengharungi air banjir sejauh kira-kira 20 meter yang mana kedalaman air paras bonet kereta.  

BACA>>Proton Saga Iswara (1994) ditemui dalam bangsal terbiar di UK

Video berkenaan menarik perhatian netizen apabila Saga berkenaan berjaya keluar dari air dengan selamat tanpa sebarang masalah. 

Perkongsian video akaun TikTok @tengkuhafiz88 itu meraih lebih 555,000 jumlah tontonan dan dibanjiri pelbagai komen yang rata-rata kagum melihat kehebatan kereta itu. 

“Itulah kereta ‘legend’ payah nak dapat kereta macam itu sekarang ini, kereta sekarang ini banyak yang manja sangat, kena lubang sikit dah meragam.”

“Kereta-kereta lama masuk dalam banjir paras tingkap pun selamber je.”

“Terbaik kereta Malaysia, boleh transform (bertukar) jadi bot.”

BACA>>Bas harung banjir hingga tenggelam separuh badan, pemandu seronok digantung kerja sebab..

@tengkuhafiz88

Saga je bos#protonmalaysia #kitajagakita😉 #fypシ゚ #banjir2021 #melakeairkeroh #likeguys😊😊thankyou💕❤️

♬ son original – MYPICTALK – MYPICTALK

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here