Royal Caribbean International tawar pelayaran 274 hari, paling lama di dunia

1297

Royal Caribbean International, bakal menawarkan pelayaran selama 274 hari  yang merupakan pelayaran paling lama di dunia.

Tempahan bagi pelayaran itu sudah dibuka yang mana pelayaran pertama dijangka bermula penghujung 2023.



BACA>>Kapal kontena terbesar dunia Ever Ace singgah PTP, lokasi pertama Asia Tenggara

Pelayaran yang dipanggil  Ultimate World Cruise itu akan menjelajah 65 buah negara di seluruh dunia bermula dari Miami pada 10 Disember 2023 sebelum kembali semula ke  lokasi sama pada 10 September 2024.

Royal Caribbean merupakan kapal pelayaran mewah saiz yang besar yang menawarkan pelbagai fasiliti dan pilihan hiburan. Sesetengah kapal yang lebih baharu mempunyai gelanggang luncur ais, trek luncur dalam talian, dan padang golf mini.

Tiket bagi pakej pelayaran penuh melibatkan 150 buah lokasi termasuk lokasi yang disenaraikan sebagai ’11 keajaiban dunia’ itu dijual pada harga AS60,999 (RM253,328) setiap seorang.

BACA>>Lepas helikopter, pasangan selebriti ini naik kapal layar mewah milik Tan Sri Vincent Tan

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here