Lepas helikopter, pasangan selebriti ini naik kapal layar mewah milik Tan Sri Vincent Tan

2233

Baru-baru ini, pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mengejutkan peminat apabila menempah sebuah helikopter untuk bercuti di sebuah resort di Pulau Redang.

Selepas tular tentang kisah helikopter berkenaan, pasangan itu dilihat menyambung percutian dengan menaiki kapal layar mewah (superyacht) yang dinamakan Asean Lady milik ahli perniagaan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.



Menerusi perkongsian Hairul di Instagramnya, dia memuat naik beberapa keping gambar dan beberapa buah video di atas kapal layar tersebut bersama Tan Sri Vincent Tan yang merupakan antara individu terkaya di Malaysia.

BACA>>Keluarga ini beli Motorhome dari UK bercuti keliling Terengganu

BACA>>Hill Helicopters HX50 helikopter mewah ringan terkini dengan 550hp

Difahamkan, mereka sekeluarga menerima undangan ahli perniagaan berkenaan untuk menaiki kapal layar mewah tersebut dan menyifatkan rezeki anak.

“Sepatutnya saya balik awal, tapi kami langkah kanan ke Pulau Redang ini sebab terjumpa salah seorang yang terkaya di Malaysia Tan Sri Vincent Tan.

“Selepas itu, beliau ajak naik superyacht Asean Lady, rezeki anak-anak,” tulis Hairul.

Pasangan selebriti tersebut belayar dari Pulau Redang ke Pulau Perhentian, Terengganu dan berpeluang membuat lawatan ke keseluruhan kawasan kapal layar berkenaan yang dilengkapi pelbagai kelengkapan mewah termasuklah helipad.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here