Hill Helicopters HX50 helikopter mewah ringan terkini dengan 550hp

3406

Sebuah syarikat baharu, Hill Helicopters telah mendedahkan helikopter serba baharu mereka, iaitu HX50. Pesawat berkuasa turbin, lima tempat duduk dan berkuasa 550hp itu ialah helikopter mewah persendirian pertama di dunia.

 



Nama HX50 dah seperti Proton X50 pula, kan?

Ia akan memberikan dimensi baharu untuk prestasi, keselamatan, pengembaraan, keselesaan, dan gaya elegan. Hill Helicopters juga dikatakan akan ‘mengganggu’ industri penerbangan seperti mana Tesla merevolusi industri automotif.

Pesawat ini direka oleh pasukan jurutera mahir terpilih, dan diketuai oleh jurutera aeronautik Dr. Jason Hill. HX50 menggunakan struktur badan dan rotor komposit, enjin direka khas, avionik baharu, dan rekaan dalaman lebih baik dan menjadikannya sebuah pesawat berprestasi tinggi.

“Industri helikopter telah lama menantikan ‘gangguan’ gaya Elon Musk yang akan merevolusi helikopter moden. Penantian sudah berakhir,” kata Hill, pengasas dan CEO Hill Helicopters.

“Satu-satunya cara mencipta sesuatu yang sangat mengagumkan ialah dengan merekanya dari mula, memberikan fokus sama kepada rekaan aeroangkasa, prestasi, dan keselamatan serta aspek artistik dan pengalaman.

“Ini termasuklah keselesaan, ergonomik, teknologi mudah, dan kemewahan. HX50 membawakan semua ini untuk memberikan pengalaman pesawat unik,” katanya.

HX50 dikatakan akan mempunyai karakteristik dan prestasi seperti berikut:

  • Berat bersih: 1,650kg
  • Berat kosong: 850kg
  • Muatan: 800kg
  • Kargo: 27kg
  • Bahan api: 317kg
  • Panjang: 9.8 meter
  • Lebar: 1.6 meter
  • Kuasa shaft: 550hp
  • Kuasa berlepas: 440hp
  • Kuasa berpanjangan: 400hp
  • Kelajuan meluncur maksima: 140 knot (dengan berat maksima, hingga 10,000 kaki)
  • Pembakaran bahan api: 35 gelen/jam pada 140 knot, 22 gelen/jam pada 110 knot
  • Kapasiti: lima penumpang termasuk juruterbang

HX50 kini dalam fasa rekabentuk akhir, dengan tiga prototaip dijangka mula membuat ujian penerbangan pada 2022. Penyerahan pertama pula dijangka pada 2023.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here