Persatuan automotif wanita pertama di Malaysia bantu usahawan bengkel bumiputera

3605

Terkesan dari wabak pandemik Covid-19 yang mengakibatkan banyak bengkel terjejas pendapatan, Persatuan Usahawan Pembangunan Automotif Wanita Malaysia atau PUPAWM ditubuhkan untuk membantu usahawan bumiputera terutama golongan wanita.

Ditubuhkan pada 7 Julai 2020 dan dianggotai oleh usahawan automotif wanita yang berpengalaman 5 hingga 20 tahun dalam bidang automotif, persatuan ini sehingga kini sudah mencapai 30 keahlian yang terdiri dari pemilik bengkel.



Antara visi dan misi persatuan adalah:

  • Menjadi peneraju dalam melahirkan usahawan wanita yang berjaya dan profesional serta memacu pertumbuhan ekonomi di Malaysia
  • Menjadi pemangkin pembangunan usahawan wanita selaras dengan Polisi Automotif Nasional
  • Memacu usahawan automotif wanita sebagai entiti ekonomi yang berdaya saing
  • Mewujudkan hubungan kerjasama serta jalinan maklumat di kalangan usahawan wanita bagi mempertingkatkan penglibatan dan sumbangan dalam mencapai wawasan negara
  • Menyatupadukan usahawan wanita bagi mengembangkan perniagaan dalam bidang automotif
  • Membantu dan memberi latihan keusahawanan berdaya saing dalam perniagaan automotif sedia ada dan juga pendedahan dalam bidang perniagaan yang bersistematik
  • Membantu dalam memperoleh peralatan dan alat ganti berkaitan yang lebih kompetitif dan murah kepada ahli dan usahawan wanita

Semoga sumbangan persatuan ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu usahawan bumiputera yang terjejas sekaligus mengembalikan tahap ekonomi negara pada kadar yang positif.

Bagi pemilik bengkel yang ingin menyertai mereka, anda boleh hubungi di talian berikut:

012-3350530 (Puan Shima)
012-6169271 (Puan Nisa)

Carta organisasi PUPAWM

Pengerusi: Mastinah Mohd Sani (Azam Motor)
Timbalan Pengerusi: Nazatul Shima (Ftuned Suspension)
Setiausaha Agung: Anisah (AAT Marine & Leisure Sdn Bhd)
Bendahari: Noor Hasliza (Green Cool Auto Service)

AJK:

Noraida (Bengkel Aircond Bangi)
Wan Norhayati (Zes Aircond & Auto Service)
Norain (AKG Autoworks Sdn Bhd)
Nor Zarina (Kilau Bakti Enterprise)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here