Petronas tampilkan produk PKS tempatan di Kedai Mesra

4447

Petronas Dagangan Berhad (PDB) memperluaskan Kempen Beli Barangan Malaysia yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Melalui kempen ini, PDB akan mempromosikan makanan dan minuman dari produk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) di lebih 700 Kedai Mesra. Produk PKS ini termasuklah kerepek, kek, jus dan sajain ruji seperti nasi lemak dan mee goreng.



Kempen ini adalah selaras dengan program Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) PDB yang telah dibangunkan lebih 25 tahun lalu untuk menyokong usahawan tempatan.

Sehingga kini, PDB mempunyai lebih daripada 350 usahawan tempatan yang membekalkan produk mereka di Kedai Mesra seluruh Malaysia.

Semasa perasmian di Stesen Petronas Jalan Kolam Air Lama, PDB telah mempamerkan enam usahawan di bawah program PKS PDB. Ini termasuklah Akuku Food Industry (M) Sdn Bhd, Perniagaan Hadeen Enterprise, FG Walet Bird’s Nest keluaran Zhafou Trading Sdn Bhd, Chocolate Moist Cake oleh Anis Food, sos unik Mama G Marketing Sdn Bhd dan aiskrim buah-buahan segar Doluvo Sdn Bhd.

Selain itu, PDB turut memperkenalkan pembekal tempatan lain termasuk Nasi Lemak Saleha, kuih-muih oleh Sri Talamaz, sandwich dan lunchbox Mas Awana, serta pelbagai jenis mee goreng oleh Nora Delights.

Bagi usahawan kecil dan sederhana yang berminat untuk menyertai program PKS PDB, anda boleh menghubungi wakil khdimat pelanggan Mesralink di 1-300-88-8181.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here