Volkswagen Golf GTI TCR yang diubahsuai ABT

2639

Volkswagen Golf, sebuah jentera yang begitu unik dan digilai oleh para remaja pada masa kini. Bagi Volkswagen Golf GTI TCR pula, jentera ini diperkenalkan pada awal tahun ini sebagai model edisi terhad hanya untuk pasaran Eropah.

Diinspirasikan oleh siri perlumbaan TCR International Series, jentera ini mempunyai kuasa yang jauh lebih tinggi berbanding versi standard iaitu 286hp dan 380Nm.



Walaupun jumlah tersebut boleh dianggap sudah cukup tinggi untuk sebuah hot hatch, syarikat talaan terkenal iaitu ABT merasakan bahawa model itu masih berpotensi untuk menjadi yang lebih hebat lagi.

Menggunakan perisian kawalan enjin tersendiri, enjin turbo 2.0-liter empat silinder pada Golf GTI TCR kini menjana 335hp dan 430Nm. Ia mewakili peningkatan sebanyak 49hp dan 50Nm.

Kuasa tambahan itu membolehkan Volkswagen Golf GTI TCR melakukan pecutan 0-100km/j dalam 5.4 saat, 0.2 saat lebih pantas berbanding sebelum ini. Bukan itu sahaja, kelajuan maksimum turut meningkat dari 250km/j kepada 265km/j.

Untuk prestasi yang lebih menyeluruh, pada jentera ini, ABT turut menawarkan sistem suspensi boleh laras dengan pegas gegelung custom, serta anti-roll bar. Kit badan tidak ditawarkan memandangkan model ini sudah dilengkapi dengan kit badan tersendiri.

Bagaimanapun, pelanggan yang mahukan penampilan lebih menonjol boleh memilih pelbagai rekaan rim bersaiz sehingga 20 inci daripada katalog ABT.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here