Mitsubishi Evo mungkin diteruskan, Evo 11 dengan enjin Megane RS?

2817

Nama Evolution akan terus diguna, dan ia bukan crossover. Sebaliknya, Evo 11 dikhabarkan bakal hadir sebagai sedan sports, atau (lebih menarik) sebagai hatchback.

 



Berita akhir-akhir ini yang mengatakan Mitsubishi bakal mengurangkan atau menamatkan nama-nama kereta sports mereka dan diganti dengan kenderaan elektrik, SUV dan crossover memang menyakitkan hati peminat tegar JDM.

Tambahan lagi apabila nama Eclipse akan diguna untuk crossover.

Menurut Autocar, Evo baharu bakal dibangunkan di atas pelantar pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, menjadikannya sebuah “evolusi”. Pelantar sama juga digunakan oleh Infiniti QX50 dan Renault Megane.

Renault Megane RS 2019

Ia juga bakal menggunakan rangkaian kuasa Megane RS, iaitu enjin 2.0-liter turbo empat-silinder dengan automatik dwi-klac. Ini dipadankan dengan sistem pacuan semua roda Mitsubishi sendiri, lengkap dengan S-AWC seperti pada Evo X.

Megane RS paling berkuasa menjana 300hp, namun Evo 11 bakal mendapat sistem hibrid yang melonjakkan kuasanya ke 350hp. Sistem elektrik 48-volt dengan motor-generator akan bertindak sebagai penghidup enjin dan memacu motor elektrik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here