Rekod baharu! Yamaha 125Z ini dibeli dengan harga RM85k

4594

Baru-baru ini, kisah harga sebuah Yamaha RX-Z Millenium tular di kalangan masyarakat Malaysia kerana ianya dijual dengan harga RM70k.

125z

Namun, rekod jualan tersebut kini berjaya diatasi oleh satu lagi motosikal keluaran Yamaha, iaitu Yamaha 125z. Ianya dijual pada harga RM85k!



Namun, berdasarkan posting dari Facebook Cường Nguyễn, lelaki kelahiran Vietnam ini difahamkan membeli sebuah motosikal Yamaha 125Z M1 edisi istimewa dari seorang pemuda tempatan dengan harga seperti yang dinyatakan.

Motosikal keluaran khas model Valentino Rossi itu dijual kepada seorang ahli perniagaan warga Vietnam yang hanya mahu dikenali sebagai Chuong, sekali gus menjadi tular di media sosial.

 

Siêu phẩm yamaha 125zr go go !!! 2003 new 100%

Posted by Cường Nguyễn on Wednesday, August 26, 2020

Motosikal keluaran tahun 2005 ini belum didaftarkan atas nama sesiapa (unregistered) sejak dimiliki oleh pemuda tempatan tersebut.

Menurutnya, kesemua komponen motosikal tersebut masih original, bahkan satu skru pun belum pernah dibuka.

Untuk makluman, keluaran Yamaha 125Z model M1 ini diadaptasi dari jentera MotoGP yang pernah digunakan suatu ketika dahulu iaitu Yamaha YZR-M1 Gauloises dengan perincian warna seiras sepenuhnya.

Di Malaysia, model ini popular dipanggil sebagai Yamaha 125Z GoGo.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here