Petronas Setel-Mesra Bonanza tawarkan hadiah kepada 110 pemenang mingguan

2191

Petronas Dagangan Berhad (PDB) memperkenalkan kempen Petronas Setel-Mesra Bonanza dalam usaha mereka memberi penghargaan kepada para pelanggan.

Kempen ini akan menyediakan baucar tunai dan minyak (petrol atau diesel), yang akan memberi manfaat kepada 992 pemenang bertuah.



Pada setiap minggu bermula 15 Ogos hingga 15 Oktober, 10 pemenang hadiah pertama berpeluang untuk memenangi wang tunai sebanyak RM3,000, sementara 100 pemenang hadiah kedua akan membawa pulang baucar Setel bernilai RM50.

Baucar ini dapat ditebus untuk mendapatkan minyak.

Selain itu, dua pemenang hadiah utama akan menerima masing-masing RM50,000 sepanjang tempoh kempen.

Petronas Setel-Mesra Bonanza

Untuk syarat penyertaan, para pelanggan hanya perlu menghabiskan minimum RM30 untuk bahan api (petrol atau diesel) atau barang kedai Mesra di mana-mana stesen Petronas di seluruh negara dan swipe kad Mesra untuk mendapat satu penyertaan.

Untuk meningkatkan keselamatan dan jarak sosial, pelanggan yang bertransaksi melalui aplikasi mudah alih Setel akan mempunyai lebih banyak peluang, dan secara automatik memperoleh lima entri.

Kesemua pelanggan juga digalakkan untuk memuat turun aplikasi mudah alih Setel untuk memenuhi syarat lebih banyak penyertaan dan menghubungkan Kad Mesra mereka ke aplikasi.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen Petronas Setel-Mesra Bonanza, log masuk ke www.mymesra.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here