Siapa kata rekaan semata-mata? Ini dia motosikal RX-Z yang berharga RM70k

4776

Baru-baru ini, timbul isu yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia dimana sebuah motosikal Yamaha RX-Z Millenium yang berharga sekitar RM70,000.

RX-Z

Menurut sumber, pemilik kepada motosikal tersebut iaitu Tuan Putera Amirul Tuan Muda, 27 berkata, motosikal tersebut memang berharga RM70,000 bahkan ianya dikira murah jika dibandingkan dengan usaha dan kesukarannya menghasilkan motosikal tersebut mengikut spesifikasi asal.



Putera Amirul berkata, dia membeli motosikal RX-Z Millenium keluaran tahun 2000 itu pada tahun 2017 daripada kenalanya dengan harga RM10,000.

Walau bagaimanapun, dia telah membelanjakan lebih RM50,000 untuk membaik pulih dan menukar pelbagai komponen buruk tersebut dengan komponen asli yang baru.

“Semua komponen pada motosikal itu asli dan baru serta dihasilkan 100 peratus sama seperti motosikal yang baru keluar daripada kilang.”

“Walaupun motosikal RX-Z Millenium itu keluaran 2000 tetapi ia tidak dikeluarkan lagi dan model itu antara yang paling diminati dan sukar diperolehi sekarang,” katanya.

Tambahnya, komponen asal yang paling mahal pada motosikal RXZ Millenium itu ialah “cover set” iaitu berharga RM10,000 yang dibeli daripada pengumpul motosikal RXZ dari Kelantan.

Menurutnya, dia sengaja meletakkan harga tinggi yang bersesuaian dengan nilai motosikalnya dengan harapan tiada sesiapa yang ingin membelinya.

Dia juga tidak bersedia untuk menjual motosikal tersebut dan ingin ingin menyertai Pertandingan Restore Original RX-Z Millenium pada Program RX-Z Members pada tahun depan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here