Menteri Besar Terengganu tunggang motosikal untuk menyertai ribuan pemilik Yamaha RX-Z

5597

Ribuan Yamaha RX-Z dari seluruh negara berkumpul di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.

Mereka yang datang dari seluruh pelusuk negara hadir sempena program ‘We Are RXZ Members 3.0’.



Berdasarkan maklumat daripada facebook RXZ Members – Official, lebih 30,000 Yamaha RX-Z yang berkumpul di sana.

Pada masa sama, litar sepanjang lebih satu kilometer dipenuhi motosikal yang popular sejak tahun 80-an sehingga tamat pengeluarannya pada beberapa tahun lalu.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut mencuri perhatian ramai apabila menunggang motosikal Yamaha RXZ untuk ke acara berkenaan.

Beliau dilihat menunggang motosikal itu berseorangan sambil diiringi pengawal peribadi. Perjalanannya bermula dari Kediaman Seri Setia di Batu Buruk, Kuala Terengganu hingga ke Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak.

Biarpun hujan, beliau tetap meneruskan perjalanan untuk ke tapak acara berkenaan dengan memakai pakaian baju hujan.

Aksinya itu dirakam jurugambar rasminya sebelum dimuatnaik di Facebook mendapat pujian ramai sehingga tular di laman sosial.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here