19 kereta klasik dicuri semasa demonstrasi George Floyd, 15 dijumpai semula

3168

Banyak kejadian terjadi disebabkan demonstrasi yang dilakukan atas kematian George Floyd. Sesetengah peserta demonstrasi memanfaatkan situasi ini dengan melakukan kerosakan di jalan raya dan mencuri kereta klasik.

Menurut sumber, di Florida pada 1 Jun 2020, 19 buah kereta klasik telah dilaporkan hilang di tempat parkir Orlando Classic Car. 



Walaubagaimanapun, tindakan cekap dari pihak berkuasa dan para pengedar yang mengetahui tentang identiti kereta tersebut berjaya menemukan semula 15 dari 19 kereta yang hilang tersebut.

kereta klasik

Kereta pertama yang berjaya ditemui ialah Chevrolet Corvette Convertible 1962 yang berada 20km dari lokasi kereta tersebut hilang. Ketika ditemui, kereta tersebut berada dalam keadaan masih baik dan tiada kerosakan.

Hampir semua kereta yang hilang dijumpai semula di kawasan parkir apartemen Orlando. Kesemuanya dibawa sehingga 20km hingga 50km dari tempat ia dicuri.

Kereta hilang yang berjaya dijumpai

Chevrolet Corvette Convertible 1962
Oldsmobile Super 88 1956
Cadillac Coupe DeVille 1976
Mercedes Benz 280SE Conv 1970
Cadillac Seville 1978
Pontiac Grand Prix 1977
Buick Reatta 1990
Oldsmobile 442 1987
Chevrolet Corvette 1992
Buick Riviera 1983
Range Rover SE Vogue 1990
Oldsmobile Delta 88 Conv 1975
Oldsmobile Toronado 1969
Cadillac Seville 1976
Cadillac Conv 1967

Kereta yang belum dijumpai 

Chevrolet Camaro SS Red 1996 – VIN 2G1FP22PXT2164850
Pontiac Trans Am Brown 1977 – VIN 2W87Z7N168057
Ford Mustang GT Conv White 1998 – VIN 1FAFP45X5WF120374
Chevrolet Camaro Z/28 Black 1980 – VIN 1P87LAN518282

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here