Kekangan hidup, pelumba wanita tukar bidang ke industri dewasa

3297

Kesan pandemik Covid-19 telah nampak dalam industri sukan permotoran dengan pembatalan perlumbaan-perlumbaan seluruh dunia.

Tetapi tidak ramai yang nampak apa yang terjadi di sebalik tabir seperti pada pasukan dan pemandu-pemandu.



Buat seorang pelumba Australian Supercar wanita, Renee Gracie, dia telah mengambil keputusan meninggalkan terus bidang sukan permotoran ini dan memasuki industri dewasa kerana masalah kewangan.

Walaupun menjadi pelumba wanita sepenuh masa pertama di Australia selama 14 tahun, masih tidak dapat membantu Gracie melanjutkan tempoh kariernya, menyebabkan dia perlu melakukan pertukaran itu.

Gracie merupakan pelumba wanita pertama yang berlumba dalam siri Bathurst 100 Supercar sejak 1998, berganding dengan Simona de Silverstro pada 2015 di litar Mount Panorama.

Walaupun dengan karier perlumbaan yang panjang, Gracie tidak dapat menyediakan simpanan kewangan diperlukan untuk meneruskan perlumbaan.

Dengan meninggalkan karier perlumbaan itu, Gracie mulanya pergi ke tempat jualan kereta sebelum dia menyedari industri dewasa menawarkan pendapatan lebih lumayan.

Bekas pelumba itu mendedahkan bahawa kewangan memang menjadi faktor besar yang menyebabkan dia menandatangani laman web dewasa yang menyiarkan video-video dan gambar.

Dalam minggu pertama sahaja, Gracie berjaya menjana AUD3,000 (RM8,847) dan memperoleh lebih 7,000 subscriber. Kini, dia menjana AUD2,500 (RM7,372) seminggu secara purata.

“Ianya telah menjadi perkara terbaik saya pernah lakukan dalam hidup. Ia meletakkan saya dalam keadaan kewangan yang saya tak pernah bayangkan dan gembira dengannya,” kata Gracie kepada News Corp Australia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here