Covid-19: MotoGP Jerman, Belanda, Finland dibatalkan

1421

Suasana darurat yang disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang menular ke seluruh dunia telah menyebabkan 3 pusingan MotoGP telah dibatalkan iaitu MotoGP di Jerman, Belanda dan Finland.

MotoGP Jerman Belanda Finland

Pembatalan semua acara yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Jun dan Julai ini diumumkan oleh Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM) dan promoter, Dorna Sports.



Grand Prix Jerman yang dijadualkan dari 19-21 Jun akan berlangsung di litar Sachsenring manakala MotoGP Belanda akan bermula 26-28 Jun di litar TT Assen, yang juga merupakan satu-satunya litar yang tak pernah terlepas menganjurkan MotoGP sejak 1949.

GP Finland pula dijadualkan buat kali pertama di litar baharu KymiRing bermula dari 10-12 Julai.

Semua tiga negara berkenaan melarang perhimpunan besar-besaran untuk menghalang penularan pendemik berkenaan.

Pembatalan 3 pusingan ini turut menyebabkan pembatalan acara lain seperti Moto-E, Northert Talent Cup dan Red Bull Rookies Cup.

Berikutan hal ini, CEO Dorna Sports iaitu Carmelo Ezpeleta mengakui sangat terkesan dan berasa kecewa. 

“Sangat menyedihkan apabila terpaksa mengumumkan pembatalan 3 pusingan MotoGP sekaligus, iaitu MotoGP Jerman, Belanda dan Finland,” kata Carmelo Ezpeleta.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here