Ford panggil semula 2.5 juta kenderaan di Amerika Syarikat kerana masalah pintu

2219

Ford Motor Co telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan panggil semula 2.5 juta kenderaan di Amerika Syarikat kerana masalah pintu.

ford panggil semula

Syarikat pengeluar kenderaan kedua terbesar di Amerika Syarikat tersebut berkata, panggilan semula kenderaan tersebut merangkumi model tahun 2011 hingga 2015.



Selak pintu dari kenderaan yang dipanggil semula tersebut berkemungkinan tidak diganti dengan betul semasa dibaiki oleh para pengedar ketika isu panggilan semula yang berlaku pada tahun 2015 dan 2016.

Menurut Ford, sebelum proses panggil semula ini, mereka tidak menerima sebarang aduan atau laporan kemalangan disebabkan masalah selak pintu, yang berkemungkinan akan menyebabkan pintu kereta terbuka ketika kereta sedang dipandu.

Ford sebelum ini menarik lebih daripada 5 juta kenderaan kerana pelbagai masalah berkaitan dengan selak pintu sejak 2015 dan telah membelanjakan ratusan juta dolar untuk kos baik pulih.

Panggilan semula ini merangkumi beberapa model seperti Ford Fiesta, C-Max, Focus, Mustang, Fusion, Escape, Transit Connect, Lincoln MKZ dan MKC.

Ford berkata, selak pintu yang sedia ada mempunyai bahagian yang mudah retak dalam beberapa keadaan. Ini akan menyebabkan pintu tidak boleh ditutup.

Sekiranya pemandu perulang kali cuba menutup pintu, ia mungkin akan tertutup buat sementara waktu tetapi berkemungkinan akan terbuka ketika memandu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here