Ford panggil semula sekumpulan Mustang 2020 kerana isu ADAS

1944

Ford Motor Company telah melakukan dua panggilan semula produk mereka di Amerika Utara termasuk Ford Mustang 2020, dipercayai kerana masalah Advanced Driver Assistance Systems (ADAS).

Menurut pengumuman dari syarikat, kenderaan yang terjejas dilengkapi dengan modul pemprosesan gambar A, iaitu kamera pandangan hadapan yang tidak sesuai dengan kenderaan. Akibat ketidaksesuaian ini, kamera tersebut mungkin tidak akan berfungsi.



Tetapan kamera yang salah ini juga akan menyebabkan ciri lain pada kenderaan mengalami penurunan prestasi semasa operasi kenderaan. Ciri-ciri tersebut termasuk Pre-Collision Assist, Adaptive Cruise Control, Lane-Keeping System, Driver Alert dan Auto High-Beam Control.

Sistem Pre-Collision Assist yang terdapat pada kenderaan yang dapat mengesan kecelaruan sistem mungkin terganggu, dan dapat meningkatkan risiko kemalangan.

Panggilan semula kenderaan ini merangkumi 24 unit kenderaan yang terdapat di Amerika Syarikat dan satu di Kanada. Semua kenderaan ini dibina diantara 10-11 Februari 2020 di kilang Flat Rock, Mich.

Ford dilaporkan belum lagi menerima kemalangan atau kecederaan yang berkaitan dengan keadaan ini. Para pengedar Ford akan mengemaskini semula sistem kamera pandangan hadapan dengan menyelaraskan sistem Lane Departure Warning.

Sebagai tambahan kepada panggilan semula Mustang, Ford turut memanggil semula van Transit Connect disebabkan masalah tali pinggang keledar.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here