Ford Ranger FX4 2020 lebih gagah dan maskulin, gril depan macam Mustang!

2374

Ford Motor Company bersama Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini telah mendedahkan Ford Ranger FX4 baharu untuk pasaran Malaysia.

Disebabkan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelancaran itu dibuat secara maya melalui siaran Facebook Live dan Youtube Live.



Ford Ranger FX4 ini memiliki ciri unik dengan rekabentuk gril jejaring baharu berwarna Ebony Black dengan rekaan seperti gril Mustang.

DRL lampu depan, rim hitam dengan tayar All-Terrain, pelekat ‘FX4’ berwarna merah dan emblem baharu melengkapkan gaya gagah Ranger ini.

Ford Ranger FX4 baharu ini menampilkan enjin turbodiesel Duratorg 2.2-liter dengan transmisi automatik 6-kelajuan. Enjin itu mampu menjana 160hp dan 385Nm tork.

Di dalam pula, ia mendapat logo FX4 dicetak timbul di tempat duduk kulit, kemasan merah di tombol gear, konsol tengah, panel instrumen, kemasan pintu, brek parkir dan pada roda stereng.  Lapik karpet baharu pula memberikan rasa premium seperti dalam sebuah kereta.

Selain itu, Ranger FX4 mendapat ciri hiburan seperti skrin sesentuh 8-inci dan sistem multimedia SYNC dengan Apple CarPlay dan Android Auto.

Ciri keselamatan pula terdiri dari kamera undur, sistem pacuan 4X4 elektronik shift-on-the-fly, dua beg udara, Limited-Slip Differential, Hill Descent Control, Hill Launch Assist, ABS, EBA, EBD, ESC, Rollover Mitigation, kawalan ayunan treler, kawalan adaptif untuk beban, dan cagak ISOFIX.

Tawaran khas

Ford Ranger FX4 baharu dijual pada harga RM126,888 (Semenanjung Malaysia, harga atas jalan, tanpa insurans) dengan jaminan 3 tahun atau 100,000km (yang mana dahulu).

Tiga warna boleh dipilih – Meteor Grey, Absolute Black dan Arctic White.

Untuk 150 pelanggan pertama, Ford Ranger FX4 ini akan didatangkan dengan aksesori bernilai RM5,398 secara percuma. Aksesori ini terdiri dari bar sporti hitam, lapisan filem penebat haba, perakam video digital (dashcam), dan Mobile App dengan sambungan Hotspot dan kad memori 8GB.

Untuk maklumat lanjut tentang Ford Ranger FX4 baharu, sila layari laman web https://www.sdacford.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here