Covid-19: Motosikal terbakar ketika disembur cecair nyahkuman

1438

Penyemburan cecair nyahkuman pada kenderaan menjadi salah satu perkara biasa di sesebuah negara ketika pandemik Covid-19 sedang melanda di seluruh dunia pada ketika ini.

Covid-19 cecair nyahkuman

Walaupun perkara ini mempunyai kebaikan iaitu untuk membasmi bakteria dan virus, cecair ini sebenarnya mampu menyebabkan kebakaran pada motosikal.



Satu video yang telah viral baru-baru ini memaparkan kejadian kebakaran sebuah motosikal setelah disembur dengan cecair nyahkuman. Kejadian itu dipercayai berlaku kepada seorang pegawai kerajaan di Gujarat, India.

Kronologinya, pada mulanya, penunggang motosikal menghentikan kenderaannya untuk disembur dengan cecair nyahkuman oleh pegawai kesihatan yang bertugas. Tetapi ketika tiba di kawasan penyemburan dan disebur dari sebelah kiri dan kanan, tiba-tiba terdapat api muncul pada motosikal dan sisa cecair nyahkuman yang berada di permukaan jalan.

Penunggang motosikal tersebut dengan pantas menyedari dan menghindari api tersebut supaya tidak menyebabkan kulitnya melecur. Sementara itu, pegawai kesihatan yang bertugas tersebut juga secara pantas mengalihkan tong yang berisi cecair nyahkuman untuk mengelakkannya dari terbakar.

Berdasarkan kejadian tersebut, kemungkinan besar, dalam cecair nyahkuman tersebut mengandungi cecair alkohol yang mudah terbakar. Cecair alkohol juga dikatakan mudah terbakar jika terkena cuaca panas.

Bukan hanya risiko kebakaran, cecair nyahkuman juga dikatakan akan menyebabkan kesan waterspot pada badan kenderaan. Jadi, penyemburan cecair nyahkuman perlu dilakukan dengan teliti dan tidak kerap dilakukan pada kenderaan sepanjang musim penularan Covid-19.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here