Bekas juara dunia MotoGP, Carlo Ubbiali meninggal dunia

1297

Bekas pelumba dan legenda MotoGP pada 1950-an, Carlo Ubbiali dilaporkan telah meninggal dunia. Beliau meninggal dunia di Bergamo, Itali pada usia 90 tahun kerana masalah pernafasan.

Carlo Ubbiali

Sepanjang kariernya, beliau telah memenangi 9 gelaran juara dunia, 39 Grand Prix, dan 8 Italian Championship.



Pada tahun 1946, bahkan pada usia 18 tahun, dia memulakan penampilan pertamanya dalam perlumbaan dan terus diperhatikan oleh MV Agusta, dimana ayahnya juga merupakan pengedar produk syarikat tersebut.

Peminat memanggilnya dengan gelaran “fox” kerana kebijakannya ketika berlumba, tetapi dia juga dikenali dengan panggilan sebagai “chinese” kerana saiz fizikalnya yang kecil dan bentuk matanya yang sepet.

Ubbiali tidak hanya mengambil bahagian dalam perlumbaan tetapi juga dalam perlumbaan rally dan memenangi pingat emas dalam acara International Six Days Enduro yang diadakan di Wales pada ketika itu.

Semestianya pemergian ini merupakan kehilangan yang besar dalam dunia perlumbaan motosikal. Selamat jalan legenda MotoGP, Carlo Ubbiali!

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here