Covid-19: Perodua daftar 7,886 kenderaan pada Mei, hampir 53,000 unit setakat ini

2267

Dengan situasi negara yang dilanda pandemik Covid-19 pada ketika ini, Perodua tampil mencatat jualan sebanyak 7,886 unit kenderaan pada bulan Mei 2020. Rekod ini membawa kepada 52,920 unit jumlah jualan setakat tahun ini (YTD).

Berdasarkan jumlah keseluruhan industri YTD yang dianggarkan iaitu 129,401 unit, Perodua menguasai 41 peratus bahagian pasaran YTD.



“Situasi COVID-19 yang masih berlangsung ini telah memberi kesan yang ketara terhadap jualan kenderaan di Malaysia selama dua bulan. Namun kami bersyukur kerana dalam tempoh hanya tiga minggu sejak kami kembali beroperasi di seluruh negara,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

perodua mei
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad

Jualan pada bulan Mei terdiri daripada 2,612 Myvi, 2,028 Axia, 1,820 Bezza, 950 Aruz dan 476 Alza. Perodua berjaya menjual 8,601 kenderaan dalam bulan Mac sebelum PKP berkuat kuasa pada 18hb Mac.

Sepanjang Jun, kempen Sambutan Bermakna Perodua menawarkan penebusan tunai khas sehingga RM1,300 untuk Aruz dan varian Myvi terpilih. Selain itu, pembeli model lain akan mendapat e-baucar RM300 yang boleh ditebus untuk pembelian alat ganti dan aksesori terpilih di mana-mana pusat servis Perodua yang sah.

Orang ramai disarankan untuk mengunjungi mana-mana pusat jualan Perodua di seluruh negara dan mematuhi semua langkah penjagaan yang ditetapkan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here