PDRM tahan 56 individu ingkar perintah PKPB dalam operasi Task Force Operasi Pematuhan

1581

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 56 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PDRM PKPB

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, seramai 46 daripadanya direman, manakala 10 lagi individu diberi jaminan polis.



“PDRM turut mengeluarkan kompaun kepada 88 individu atas pelbagai kesalahan ingkar arahan PKPB.

“Bagaimanapun, tiada kompaun dikeluarkan atas kesalahan ziarah Aidilfitri,” katanya.

Ismail Sabri berkata, Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM membuat 76,348 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB.

Katanya, sebanyak 3,903 Pasukan Pematuhan membabitkan 19,615 anggota membuat pemantauan.

“PDRM juga mengadakan 138 Sekatan Jalan Raya (SJR) Rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 267,373 kenderaan berbanding 283,677 kenderaan hari sebelumnya.

Beliau sekali lagi turut mengingatkan semua pihak supaya mematuhi SOP dan peraturan ditetapkan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here